* Akhlak dalam Islam *.

Konsep Akhlak
Islam merangkumi aqidah, dan syariat itu mengandungi roh akhlak. Akhlak adalah roh kepada risalah Islam sementara syariat adalah lembaga jelmaan daripada roh tersebut. Ini bererti Islam tanpa akhlak seperti rangka yang tidak mempunyai isi, atau jasad yang tidak bernyawa. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : “Islam itu akhlak yang baik”. Begitu juga sabda Baginda yang bermaksud : “Tidak ada sesuatu yang lebih berat timbangannya selain daripada akhlak yang mulia.”

Pengertian Akhlak
Dari berbagai segi dan pendapat dari para ahli, pada intinya definisi akhlak (budi pekerti) adalah suatu perlakuan yang tetap sifatnya di dalam jiwa seseorang yang tidak memerlukan daya pemikiran di dalam melakukan sesuatu tindakan.
Sumber Akhlak Islam
Dalam Islam akhlak adalah bersumber dari dua sumber yang utama iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Ini ditegaskan leh Rasulullah saw dalam sepotong hadith yang bermaksud : “Sesungguhnya aku diutuskan hanya semata-mata untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”
Allah swt telah memuji Rasulullah kerana akhlaknya yang baik seperti yang terdapat dalam al-Quran, firman Allah swt yang bermaksud : “Sesungguhnya engkau seorang memiliki peribadi yang agung (mulia).”

Kedudukan Akhlak dalam Islam
Akhlak mempunyai kedudukan yang paling penting dalam agama Islam. Antaranya :
  • Akhlak dihubungkan dengan tujuan risalah Islam
  • Akhlak menentukan kedudukan seseorang di akhirat
  • Akhlak dapat menyempurnakan keimanan
  • Akhlak yang baik dapat menghapuskan dosa
  • Akhlak merupakan sifat Rasulullah saw
  • Akhlak tidak dapat dipisahkan dari Islam
  • Akhlak yang baik dapat menghindarkan seseorang itu daripada neraka
  • Salah satu rukun agama Islam ialah Ihsan, iaitu merupakan asas akhlak seseorang muslim. Ihsan iaitu beribadat kepada allah seolah-olah kita melihatNya kerana walaupun kita tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihat kita.
Kepentingan Akhlak dalam Kehidupan Manusia
  • Akhlak merupakan garis pemisah antara yang berakhlak dengan orang yang tidak berakhlak.
  • Akhlak juga merupakan nilai yang menjamin keselamatan daripada api neraka.
  • Akhlak merupakan ciri-ciri kelebihan di antara manusia kerena ia lambang kesempurnaan iman,
  • Kekalnya sesuatu ummah juga karena kukuhnya akhlak
  • Ketiadaan akhlak yang baik pada diri individu atau masyarakat akan menyebabkan berlaku pelbagai krisis dalaman dan luaran
  • Akhlak merupakan pencerminan diri seseorang
Akhlak amat penting kerana merupakan asas yang dilakukan oleh Rasulullah saw ketika memulakan pembentukan masyarakat Islam. Sheikh Mohamad Abu  Zahrah dalam kitabnya Tanzim al-Islam Li al-Mujtama’ menyatakan bahawa budi pekerti atau moral yang mulia adalah satu-satunya asas yang paling kuat untuk melahirkan manusia yang berhati bersih, ikhlas dalam hidup, amanah dalam tugas, cinta kepada kebaikan dan benci kepada kejahatan. 
PERBANDINGAN UKURAN BAIK BURUK DALAM AKHLAK DENGAN ALIRAN DALAM FILSAFAT ETIKA
Sebagai cabang filsafat yang memperlajari tingkah laku manusia nilai perbuatan baik atau buruk, ukuran yang dipergunakaannya adalah akal pikiran. Kalau moral dan etika diperbandingkan, moral lebih bersifat praktis dan lokal (regional), sedang etika bersifat teoritis dan umum.

Sementara Akhlak Islam berbeda dengan moral dan etika. Akhlak Islami bersifat tetap dan berlaku untuk selama-lamanya, sedang moral dan etika berlaku selama masa tertentu di suatu tempat tertentu
Ciri-ciri Akhlak Islam  
  1. Islam menyeru agar manusia menghiasi jiwa dengan akhlak yang baik dan menjauhkan diri dari akhlak yang buruk. Yang menjadi ukuran baik dan burukna adalah syarak, iaitu apa yang diperintahkan oleh syarak, itulah yang baik dan apa yang dilarang oleh syarak itulah yang buruk.
  2. Lingkungan skop akhlak Islam adalah luas meliputi segala perbuatan manusia dengan Allah, manusia dengan manusia dan manusia dengan makhluk selain manusia.
  3. Islam menghubungkan akhlak dengan keimanan. Orang yang paling sempurna keimanannya ialah orang yang paling baik akhlaknya.
  4. Adanya konsep balasan dan ganjaran pahala atau syurga oleh Allah dan sebaliknya orang yang berakhlak buruk akan mendapat dosa atau disiksa dalam neraka.
Jadi, akhlak Islami bersifat mutlak, sedang moral dan etika bersifat relatif (nisbi). Perbedaan pengertiannya harus dipahami untuk membedakan sifat dan isi akhlak, moral dan etika, walau dalam masyrakat ketiga istilah itu disinonimkan dan dipakai silih berganti untuk menunjukkan sesuatu yang baik atau buruk.
IMPLEMENTASI AKHLAK DALAM KEHIDUPAN BERSAMA
Pembagian Jenis Akhlak
Pada dasarnya ada 2 (dua) jenis Akhlak, yaitu:
  1. Akhlak yang baim atau terpuji (Akhlaqul Mahmudah), yakni perbuatan baik terhadap Tuhan (Al Khaliq), terhadap sesama manusia dan makhluk lainnya.
  2. Akhlak yang buruk atau tercela (Akhlaqul Madzmumah), yakni perbuatan buruk terhadap Tuhan (Al Khaliq), terhadap sesama manusia dan makhluk lainnya.
Akhlak Baik (Mahmudah)
  1. Akhlak terhadap Allah (Khalik), meliputi : Al-Hubb, Al-Raja, Al-Syukr, Qana’ah, At-Taubat, Tawakal, memohon ampun hanya pada Allah.
  2. Akhlak terhadap Makhluk
    1. Akhlak terhadap manusia
1)      Akhlak terhadap Rasulullah (Nabi Muhammad)
2)      Akhlak terhadap Orang Tua (Birull walidain)
3)      Akhlak terhadap diri sendiri
4)      Akhlak terhadap keluarga, karib sahabat
5)      Akhlak terhadap tetangga
6)      Akhlak terhadap masyarakat.
  1. Akhlak terhadap bukan manusia (lingkungan, flora, dan fauna)

Akhlak Buruk (Madzmumah)
1)      Akhlak Buruk terhadap Allah
Takabbur (Al-Kibru), Musrik (Al-syirk), Murtad (Ar-Riddah), Munafik (An-Nifaaq), Riya’ (Ar-Riyaa’), Boros atau berfoya-foya (Al-Israaf), Rakus atau tamak (Al-Hirsyu atau Ath-Thama’u)
2)      Akhlak Buruk terhadap manusia
Mudah marah (Al-Ghadhap), Iri hati atau dengki (Al-Hasadu atau Al-Hiqdu), Mengadu-adu (An-Namiimah), Mengumpat (Al-Ghiibah), Bersikap Congkak (Al-Ash’aru), Kikir (Al-Bukhlu), Berbuat Aniaya (Azh-zhulmu).                                                **Ainun Jariyah**.(CPT)>
Share:

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Categories

Pages

Cari Blog Ini

Search

Postingan Populer

Popular Posts

Arsip Blog

Recent Posts