*Macam Hidayah dan Defenisinya*.

Definisi

Hidayah berasal dari perkataan Arab ‘Hada’ yang bermaksud menunjuk jalan. Maka hidayah
boleh didefinisikan secara asasnya sebaga petunjuk ke arah mencapai matlamat tertentu.
Professor Hamka dalam tafsir al-azhar ada menyebut definisi ulama tafsir mengenai perkataan
hidayah yang menjadi kata asal kepada perkataan ‘ihdina’ dalam surah al-Fatihah (1:5).
‘menurut keterangan sesetengah ahli tafsir, perlengkapan menuju jalan yang lurus yang
dimohonkan kepada Allah itu ialah,
pertama al-irsyad, ertinya agar dianugerahi kecerdikan dan kecerdasan, sehingga dapat

membedakan yang salah dengan yang benar.
Kedua at-tawfiq, iaitu bersesuaian kehendaknya dengan apa yang direncanakan Tuhan.
Ketiga al-ilham, diberi petunjuk supaya dapat mengatasi sesuatu yang sulit.
Keempat al-dilalah, ertinya ditunjuk dalil-dalil dan tanda-tanda di mana tempat yang berbahaya,
dimana yang tidak boleh dilalui dan sebagainya. Sebagaimana tanda-tanda yang dipancangkan
ditepi jalan, berbagai macamnya, untuk memberi alamat bagi kenderaan bermotor’

Professor Hamka menerangkan kepada kita beberapa perkataan sinonim kepada perkataan
hidayah bagi membantu kita memahami secara lebih mendalam betapa luasnya konsep hidayah.
Namun semua yang disebut hanya fokus secara khusus kepada pemahaman hidayah dari aspek bahasa.                         
-. Hidayah Dalam Al-Quran

Mu’jam Mufahras li Alfaz Al-Quran myenaraikan lebih 306 ayat Al-Quran yang disebut padanya
perkataan hidayah dan perkataan-perkataan terbitan dari perkataan hidayah seperti al-muhtadi,
huda, al-muhtadin, yahdi, ihtadu dan lain-lain. Ini menunujukkan yang Al-Quran menerangkan
konsep hidayah dalam pelbagai pemahaman dan pengertian. Namun apabila dikaji secara lebih
mendalam akan kita dapati bahawa konsep hidayah merupakan satu bentuk petunjuk ke arah
kebaikan. Antara dalilnya:

a) Firman Allah SWT: Musa berkata: "Tuhan kami ialah (Tuhan) yang Telah memberikan kepada
tiap-tiap sesuatu bentuk kejadiannya (surah taha, 20:50)
Ayat ini merupakan dalil yang menjelaskan bahawa hidayah merupakan pemberian Allah SWT
kepada semua makhluk ciptaanNya samada manusia, haiwan, pokok, bulan, matahari dan
segalanya. Hidayah ini adalah dalam bentuk sifat, kemampuan dan kehendak semulajadi
makhluk Allah SWT yang membolehkannya berfungsi seperti yang dikehendaki Allah SWT.
Tanpa hidayah ini maka akan rosaklah kehidupan sesuatu makhluk itu. Contohnya, burung diberi
hidayah oleh Allah SWT untuk terbang tanpa perlu ia belajar bagaimana untuk terbang di mana-
mana sekolah penerbangan.

b) Firman Allah SWT: Dan kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang
memberi petunjuk dengan perintah kami ketika mereka sabar. dan adalah mereka meyakini ayat-
ayat kami. (surah al-sajadah, 32:24)
Pemimpin yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah para rasul yang diberi tanggungjawab
menyampaikan hidayah Allah SWT dalam bentuk ajaran agama Islam. Maka, hidayah yang
dimaksudkan dalam ayat ini ialah segala prinsip dan ajaran Allah SWT yang terkandung dalam

agama Islam yang dibawa oleh semua rasul dari Adam hingga Muhammad SAW.

c) Firman Allah SWT: Dan kami cabut segala macam dendam yang berada di dalam dada
mereka; mengalir di bawah mereka sungai-sungai dan mereka berkata: "Segala puji bagi Allah
yang Telah menunjuki kami kepada (surga) ini. dan kami sekali-kali tidak akan mendapat
petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk. Sesungguhnya Telah datang rasul-rasul
Tuhan kami, membawa kebenaran." dan diserukan kepada mereka: "ltulah surga yang diwariskan
kepadamu, disebabkan apa yang dahulu kamu kerjakan." (surah al-a’raf, 7:43)
Dalam ayat ini hidayah dimaksudkan sebagai satu cara hidup yang membawa kepada kebaikan di
dunia dan akhirat. Kebaikan di dunia adalah apabila manusia mengikut ajaran Islam maka
matlamat hidupnya adalah al-falah (kejayaan). Manakala kebaikan di akhirat adalah apabila
manusia mengikut ajaran Islam maka matlamat hidupnya adalah al-jannah (syurga). Namun,
segala kedua-dua matlamat adalah sebab kepada mencapai kerehaan Allah SWT semata. Maka
hidayah disini boleh ditafsir sebagai jalan kea rah al-falah, al-jannah dan mardhatillah.

d) Firman Allah SWT: Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang
yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan
Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk (surah al-qasas, 28:56)
Hidayah dalam ayat ini merujuk kepada hidayah tawfiq yang menjadi prerogatif Allah SWT di
mana tiada yang mampu memberi hidayah tawfiq ini melainkan Allah SWT.
Pembahagian Hidayah
Terdapat 2 jenis hidayah iaitu hidayah umum (Hidayah Ammah) dan hidayah khusus (Hidayah Khassah). Hidayah Ammah adalah hidayah yang dikurniakan kepada semua makhluknya dan ianya terbahagi kepada empat peringkat:

1) Hidayah Al-Ilham Al-Fitri:
Firman Allah SWT: (20:50). Musa berkata: "Tuhan kami ialah (Tuhan) yang Telah memberikan
kepada tiap-tiap sesuatu bentuk kejadiannya Dalam ayat ini merujuk kepada fasa-fasa proses
penciptaan makhluk yang berakhir dengan fasa pemberian petunjuk (hidayah) oleh Allah SWT.
Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman (87:2-3). Yang Menciptakan, dan menyempurnakan
(penciptaan-Nya),3. Dan yang menentukan kadar (masing-masing) dan memberi petunjuk. Ayat
ini sekali lagi menjelaskan dengan lebih teliti mengenai fasa-fasa tersebut. Pertama bermula
dengan proses takhliq iaitu mencipta dari tiada kepada ada. Kedua proses taswiyah iaitu
membentuk rupa paras makhluk tersebut. Ketiga proses taqdir iaitu penentuan perjalan hidup
sesuatu makhluk itu. Keempat proses hidayah itu Allah SWT memberi petunjuk dalam bentuk
kehendak semulajadi yang diperlukan oleh makhluk itu untuk hidup. Berdasarkan kedua-dua
ayat tersbut dapatlah kita fahami bahawa :
a) Hidayah telah diberikan kepada semua makhluk Allah SWT dalam bentuk kehendak fitrah
semulajadi makhluk itu semenjak proses penciptaannya bermula. Pemberian ini bukannya
diminta oleh makhluk tersebut tetapi dikurniakan kepadanya sebagai pelengkap kepada proses
penciptaannya. Ia bagi membuktikan yang Allah SWT itu tahu tentang penciptaannya. Dan juga
sebagai bukti betapa pengasihnya Allah kepada semua makhluknya
b) Tanpa hidayah ini, adalah mustahil untuk sesuatu makhluk itu tahu apa yang ia perlu untuk
hidup yang akhirnya akan membawa kepada kerosakan makhluk tersebut. Dalam erti kata yang
lain, hidayah ini penting bagi menunjukkan fitrah semulajadi sesuatu makhluk tersebut
Sebagai contoh, seekor burung diciptakan secara fitrah tahu terbang tanpa perlu ia belajar untuk
terbang, seekor ikan tahu untuk berenang dalam laut tanpa perlu ia belaja cara bernafas dalam air
dan berenang di dalamnya dari sesiapa pun. Seorang bayi secara fitrah tahu bagaimana hendak
keluar dari rahim ibu apabila tiba masanya tanpa perlu dia tahu cara mengira masa dan cara
untuk menendang dari sesiapa pun, dan apabila keluar tahu pula untuk menangis kerana lapar,
tahu bernafas, tahu mengerlipkan mata dan segala bentuk fitrah semulajadi manusia. Inilah bukti
hidayah Allah SWT kepada makhluknya.
Namun terdapat kelebihan yang Allah SWT berikan kepada manusia sesuai dengan status mansia
sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi ini. firman Allah SWT: (3:14). Dijadikan indah pada
(pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak,

harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan SAWah
ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).
Dalil menunjukkan yang manusia secara fitrahnya suka kepada wanita, anak-anak, emas dan
perak yang bertimbun-timbun, binatang ternakan yang banyak. Justeru manusia secara fitrahnya
makhluk yang materialistik. Maka tidak salah bagi manusia bersifat materialistik kerana itu
adalah hidayah Allah SWT. Namun hidayah ini perlu dikawal oleh hidayah akal manusia dan
hidayah agama agar manusia tidak merosakkan diri sendiri dalam memenuhi sifat fitrah
semulajadinya itu.
2) Hidayah Al-Hawas:

Hidayah ini adalah pelengkap kepada Hidayah Al-Ilham Al-Fitri. Ianya bermaksud petunjuk
pancaindera dan perasaan makhluk Allah SWT. Hidayah ini juga dibrikan kepada semua
makhluNya bagi membantu makhluknya mengetahui apakah fitrah semulajadinya. Kedua-dua
hidayah ini amat saling berkait rapat, tidak boleh dipisahkan. Sebagai contoh sekiranya manusia
perlu kepada makanan akan ada petunjuknya iaitu rasa lapar, sekiranya manusia perlu rehat akan
ada petunjuknya iaitu rasa letih, sekiranya manusia perlu kepada harta akan ada petunjuknya
iaitu rasa malu menjadi miskin, sekiranya manusia perlu kepada ubat akan ada petunjuknya iaitu
rasa sakit. Semua jenis rasa ini adalah petunjuk yang Allah SWT berikan kepada bukan
sahajamanusia bahkan semua makhlukNya mengikut fitrah semulajadi masing-masing.
Pancaindera kita juga merupakan petunjuk kepada segala macam fitrah semulajadi kita. Justeru
Allah SWT memberi amara kepada manusia agar jangan menyalahgunkan petunjuk pancaindera
kita. Firman Allah SWT:(7:179) Dan Sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam)
kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk

memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk
melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak
dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan
mereka lebih sesat lagi. mereka Itulah orang-orang yang lalai.
3) Hidayah Al-Aqli:

Hidayah ini hanya diberikan kepada manusia dan tidak kepada makhluk yang lain sesuai sebagai
status manusia sebagai khalifahNya dimuka bumi. Allah SWT berfirman (2:30-33). Ingatlah
ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan
seorang khalifah di muka bumi." mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan
(khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah,
padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan
berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."31. Dan dia
mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, Kemudian
mengemukakannya kepada para malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-
benda itu jika kamu mamang benar orang-orang yang benar!"32. Mereka menjawab: "Maha Suci
Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang Telah Engkau ajarkan kepada Kami;
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana."33. Allah berfirman:
"Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini." Maka setelah
diberitahukannya kepada mereka nama-nama benda itu, Allah berfirman: "Bukankah sudah Ku
katakan kepadamu, bahwa Sesungguhnya Aku mengetahui rahasia langit dan bumi dan
mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan?"

Ayat ini jelas membuktikan yang manusia dilantik menjadi khalifahNya dimuka bumi
disebabkan akal fikiran yang dikurniakan kepada kita. Justeru perlu kita fahami yang hidayah
akal ini diberikan bersama tanggungjawab. Sumber kepada hidayah ini ialah ilmu pengetahuan.
Tanpa ilmu seseorang akan sesat, rosak, mundur dan dimurkai Allah SWT. Maka adalah menjadi
kewajipan (fard ain) bagi setiap manusia untuk menuntut ilmu sebagai hidayah dalam kehidupan
manusia.
Namun akal manusia ada hadnya. Ada perkara yang mampu difikirkan dan ada perkara yang
diluar kemampuan akal manusia. Kadang-kadang apa yang difikirkan oleh akal sebagai elok dan
baik bagi diri manausia mungkin buruk pada hakikatnya. Inilah bukti betapa lemahnya manusia.
Betapa cerdiknya manusia berfikir masih ada lagi ruang kelemahan yang diluar keampuan akal
kita. Benarlah firman Allah SWT (2:216). Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang
itu adalah sesuatu yang kamu benci. boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik
bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah
mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui.
Maka bagi menampung kelemahan akal ini manusia memerlukan kepada peringkat tertinggi
hidayah Allah kepada makhluknya iaitu hidayah agama.
4) Hidayah Al-Din:

Hidayah ini adalah yang tertinggi dan diberikan kepada manusia juga seperti hidayah akal.
Hidayah ini amat penting bagi mengawal segala hidayah yang lain agar ia selari dengan fitrah
manusia yang Allah ciptakan. Hidayah ini ialah segala bentuk prinsip dan ajaran agama Islam
bersumberkan Al-Quran dan al-sunnah. Islam adalah agama fitrah yang Allah turunkan
melalui
para rasulnya. Firman Allah SWT (30:30). Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada
agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang Telah menciptakan manusia menurut fitrah itu.
tidak ada peubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia
tidak mengetahui
Justeru sebagai agama fitrah sudah pasti segala yang disuruh dan dilarangNya dalam Al-Quran
dan alsunnah adalah bertepatan dan yang terbaik bagi manusia keseluruhannya.maka adalah amat
plik sekiranya kita sebagai manusia masih menolak ajaran yang terbaik bagi fitrah manusia itu
sendiri.
**Ainun Jariyah**.(CPT).


Share:

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Categories

Pages

Cari Blog Ini

Search

Postingan Populer

Popular Posts

Arsip Blog

Recent Posts