*Ketetapan Seekor Burung *.



Dua sifat penting yang harus ada pada seorang hamba yang bernama mukmin ialah 'khauf' (perasaan takut) dan 'rajaa' (pengharapan).

Sebagaimana seekor burung yang terbang tinggi memerlukan dua sayapnya untuk merentasi langit biru, begitulah juga halnya dengan kita. Memerlukan kedua-dua sifat tadi untuk menghadapi hari-hari mendatang yang penuh dengan cobaan dan ujian.

Adakalanya,mungkin kita terlupa.

Kita terlalu bangga dengan apa yang kita telah capai dan perolehi.....Sangkaan kita, segala usaha berakhir baik , kita akan memperolehi apa yang dihasilkan .Kita sebenarnya terlalu 'mengagung-agungkan' usaha kita tadi. Lantas apabila, natijah yang diharapkan tidak seindah yang diimpikan, kita mula lemah,longlai,hampa dan seterusnya berasa putus asa.

Lupakah kita? Bilamana Allah sendiri menyebut bahwa sesungguhnya segala yang berlaku terhadap seorang hamba itu adalah mengikut kepada sangkaannya kepada Allah?

"Aku adalah seperti mana sangkaan hamba-Ku, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku. Jika ia ingat kepada-Ku di dalam hatinya, Aku ingat kepadanya di dalam hati-Ku. Dan jika ia ingat kepada-Ku di khalayak ramai, nescaya Aku pun ingat kepadanya dalam khalayak ramai lebih baik. Dan jika ia mendekati kepada-Ku sejengkal,Aku pun mendekatinya sehasta. Dan jika ia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa. Dan jika ia datang kepada-Ku berjalan, maka Aku datang kepadanya sambil berlari."-Hadith Qudsi riwayat Syaikhan, Tirmidzi dan Abu Hurairah R.A

Wahai hamba.....andai buruknya sangkaan kita kepada Allah maka buruklah pula yang engkau dapatkan..
Tetapi,andai baiknya sangkaan kita kepada Allah maka baiklah pula yang engkau peroleh.
Lihatlah burung .......!!!Untuk ia terbang tinggi ke udara, ia akan mengepakkan kedua sayapnya dengan saksama.Sama laju, sama kuat. Namun, tatkala ia ingin membelok ke kanan atau ke kiri, nescaya salah satu dari dua sayapnya tadi memerlukan kekuatan yang lebih berbanding sebelah sayap yang perlu direhatkan sementara bagi memandu ia ke arah yang dituju.

Begitulah juga halnya dengan kita.

Bayangkan saja, 2 sayap burung tadi merupakan sayap kita.Sebelahnya,merupakan sayap 'usaha seorang hamba yang daif' dan sebelahnya lagi merupakan sayap 'rahmat Allah swt yang amat luas'. Ada masanya, kita perlu mengerah sepenuhnya sayap 'usaha' tadi dengan sekuat yang boleh. Lantas, selepas itu rehatkanlah ia dan gunakan pula sayap yang sebelah lagi sebaik mungkin iaitu sayap 'doa dan tawakkal'.

Mari kita muhasabah.Mungkin selama ini kita hanya bergantung kepada sayap 'usaha' tadi, tanpa kita manfaatkan sayap yang kedua. Ataupun,sebaliknya, kita terlalu bergantung kepada sayap 'doa dan tawakkal' tadi tanpa dimulai dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Sepertimana burung yang tidak akan mampu terbang dengan sebelah sayap, begitulah juga keadaannya dengan kita.

Oleh yang demikian, jangan biarkan sayap itu patah mahupun tercedera.Kelak, akan jatuhlah burung tadi menyembah bumi.Hargai dan manfaatkan kedua sayap tadi agar kita juga mampu terbang tinggi seperti burung tadi.


Seandainya satu saat kita merasa lelah,letih dan berasa putus asa.Maka,ucapkanlah


'HASBUNALLAHU WA NI'MAL WAKIL'

''Cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Dialah sebaik-baik pelindung".

**Ainun Jariyah*
Share:

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Categories

Pages

Cari Blog Ini

Search

Postingan Populer

Popular Posts

Arsip Blog

Recent Posts