* MUZIK ANTARA PRO DAN KONTRA *.

Di antara perkara yang masih menjadi khilaf di kalangan ulama’ ialah hukum muzik. Para ulamak’ sejak zaman silam telah cuba
mengupas masalah ini berdasarkan kepada kefahaman nas-nas yang ada diseragamkan dengan uslub istinbat hokum sebagimana yang tertera di
dalam kanun perundangan Islam. Muzik terus menjadi salah saau isu yang sukar untuk diputuskan hukumnya. Para ulama’ dan fuqaha’ telah
berijtihad dalam menentukan hukumnya dan mereka terbahagia kepada dua golongan; golongan yang mengharuskan dan golongan yang
mengharamkan. Masing-masing mempunyai hujah-hujah yang tersendiri dalam memahami nas-nas yang berkaitan dengan perkara ini.
Muzik di masa kini telah mengalami perkembangan yang begitu pesat dibandingkan dengan zaman permulaan Islam dan
seterusnya di zaman-zaman keagungan Islam sebagai kuasa besar dunia. Kalau dulu, irama muzik tidak dapat didengari melainkan di majlismajlis
atau kelab-kelab muzik dan nyanyian. Dahulu alatan muzik hanya dimainkan dan iramanya hanya didengar oleh golongan-golongan
tertentu seperti peminum-peminum arak dan lelaki-lelaki pondan yang digolongkan sebagai ahli fasiq dan maksiat. Golongan lelaki yang
mempunyai sifat kelelakian yang sempurna dianggap ‘aib sekiranya memainkan atau mendengar irama muzik. Kini, segala-galanya telah
berubah. Dunia moden menyaksikan revolusi kebendaan yang menakjubkan. Muzik kini boleh didengari di mana-mana sahaja. Buka sahaja
TV atau radio, insan moden boleh mendengar berbagai-bagai jenis muzik, tidak perlu bersusah-payah menghadiri majlis atau kelab muzik.
Lelaki yang sentiasa mendengar alunan nasyid atau pukulan duf (rebana kecil) atau gendang melalui kaset dan seumpamanya adalah perkara
biasaa yang tidak mengaibkan dan tidak menjatuhkan maruahnya.[i] Muzik-muzik yang didengari melalui TV atau radio yang digunakan untuk
rancangan-rancangan seumpama berita, peristiwa atau perpindahan antara satu rancangan dengan rancangan yang lain adalah muzik-muzik
yang tidak menimbukan ‘aib kepada pendengarnya di masa kini.
Berdasarkan kepada waqi’ yang berubah dan uruf atau adat umat Islam yang bertukar, penulis cuba mengupas kembali persoalan muzik
yang menjadi tanda tanya kebanyakan umat Islam di masa kini. Di dalam risalah ringkas ini penulis akan cuba membentangkan pandanganpandangan
ulama’ dahulu dan sekarang dan cuba membuat kesimpulan di akhir perbahasan ini.
JENIS-JENIS ALATMUZIK[iv]
Alat Yang Dipukul Atau Diketuk
Antaranya:
1. Ad-Daf – rebana kecil.
2. Tamborin.
3. Gendang –At-Thabl.
4. Al-Kubisah – sejenis gendang yang ramping tengahnya, lebar kedua hujungnya (tabla).
5. As-Safaaqatan @ As-Sanj – dua piring tembaga yang dilagakan untuk menghasilkan bunyi.
6. Gong.
Alat Yang Dipetik
Antaranya:
1. Al-‘Ud atau Al-Muzhir : Kecapi
2. Ar-Rabab : Rebab (seperti biola)
3. At-Tanbur : Gambus
4. Al-Bazaq : Sejenis gambus kecil.
5. Biola.
6. Gitar
7. Piano.
Alat Yang Ditiup
Antaranya:
1. An-Nay : Sejenis serunai
2. Al-Mizmar : Serunai
3. Asy-Syababah /Al-Yara’ : sejenis seruling.
4. Klarinet
5. Saksofon
6. Trompet
7. Organ
8. Trombon
9. Harmonika
HUKUM ALAT-ALATMUZIK DI DALAMKHAZANAH ULAMAK SILAM
Alat-alat yang dipukul atau diketuk[v]
1. Ad-Duff (Rebana Kecil)
Duf ialah sejenis alat muzik yang disepakati oleh para ulamak keharusan penggunaannya. Hukum ini berdasarkan kepada hadith-hadith
Rasulullah SAWyang secara terang menyebut keharusan penggunaan alat ini. Di antaranya:
a. Hadith riwayat Muhammad bin Hatib daripada Rasulullah SAW[vi]:
“...Pemisah antara halal dan haram ialah pukulan duf.”
b. Hadith riwayat Khalid bin Zakuan daripada Ar-Rabie’ binti Mu’awwiz bin ‘Afra’ :
“Masuk Nabi SAW– ketika mula-mula berkesedudukan denganku (selepas perkahwinan)- lalu duduk di atas hamparan seperti
kedudukan kamu (Khalid bin Zakuan) daripada aku. Di ketika itu beberapa hamba perempuanku sedang memukul duf dan meratapi
kematian bapa-bapaku dalam Peperangan Badar. Salah seorang daripada mereka mendendangkan kata-kata: Di sisi kami Nabi yang
mengetahui perkara akan datang. Lantas Nabi SAWmenegur: “Tinggalkanlah kata-kata ini dan teruskan nyanyianmu.” (Riwayat
Bukhari)
c. Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi di dalam Sunannya[vii]:
“... Keluar Nabi SAWdalam satu peperangan. Apabila pulang, datang seorang hamba perempuan hitam lalu berkata: “ Wahai
Rasulullah, aku telah bernazar sekiranya engkau pulang dengan selamat, aku akan memukul duf sambil menyanyi”. Nabi SAW
menjawab: “Sekiranya engkau telah bernazar, buatlah sebagaimana dinazarkan, sekiranya tidak, maka tidak perlu”.
Hukum Lelaki Yang Memukul Duf
Para ulamak bersepakat bahawa wanita dibenarkan memukul duf. Tetapi mereka berselisih pendapat pada hukum lelaki
menggunakan alat ini, adakah harus atau sebaliknya. Dalam hal ini terdapat dua pandangan:
i. Pendapat yang mengatakan haram lelaki memukul duf. Mereka menyandarkan pandangan ini kepada adat dan ‘uruf. Di
mana memukul duf (di zaman dahulu) hanya dilakukan oleh kaum wanita sahaja. Oleh itu, lelaki yang memukul duf
dianggap meniru perbuatan kaum wanita dan termasuk di dalam golongan yang disifatkan oleh Nabi SAW: “Rasulullah
SAW melaknat lelaki-lelaki yang menyerupai (meniru) wanita” – hadith dikeluarkan oleh Bukhari di dalam Sahihnya
daripada ‘Ikrimah daripada Ibnu Abbas. Dikeluarkan juga oleh Ahmad di dalam Musnadnya daripada hadith Ata’ bin Abi
Rubah daripada Abu Hurairah. (Sahih Bukhari 8/305,Al-Fathul Bari 19/322
Mereka juga berdalilkan hadith-hadith yang hanya menyebut kaum wanita dan hamba-hamba perempuan sahaja memukul
duf tanpa ada riwayat yang menyebut kaum lelaki di zaman salaf memukul duf.
Pendapat ini ialah pendapat sebahagian ulamak mazhab Syafi’e, jumhur ulamak mazhab Hanbali dan Asbagh – seorang
ulamak mazhab Maliki.
ii. Pendapat yang mengharuskan lelaki memukul duf, kerana tiada nas yang mengharamkannya. As-Subki (seorang ulamak
Syafie) mengatakan: “...dari segi asalnya, lelaki dan wanita bersekongkol dalam hukum-hakam melainkan ada nas yang
membezakan antara keduanya. Adapun dalam masalah ini tiada nas yang membezakan antara lelaki dan wanita dari sudut
keharusan memukul duf. Tambahan pula, memukul duf tidak hanya dikhaskan untuk wanita semata-semata.”
Mereka yang berpendapat sedemikian ialah Jumhur ulamak Maliki, Jumhur Mazhab Syafie dan pendapat Imam Ahmad bin
Hanbal dari sebahagian pengikutnya.
Bilakah Diharuskan Lelaki Memukul Duf?
Berlaku perselisihan pendapat di kalangan fuqaha’ pada tujuan dan keadaan yang dibenarkan memukul duf. Mereka terbahagi kepada
dua mazhab: Pendapat pertama: Harus memukul duf untuk melahirkan rasa kegembiraan dan mewujudkan suasana kemeriahan di dalam upacaraupacara
atau sambutan yang dibenarkan oleh syara’. Umpamanya perkahwinan, berkhatan, sambutan hari raya, menyambut kepulangan
musafir (haji dan lain-lain) dan sebagainya. Mereka yang berpendapat demikian ialah sebahagian ulamak mazhab Hanafi, Jumhur mazhab
Syafie, sebahagian ulamak mazhab Hanbali, sebahagian ulamak mazhab Maliki dan Ibn Hazm Al-Andalusi.
Pendapat kedua: Memukul duf diharuskan untuk upacara perkahwinan sahaja. Ia adalah pendapat yang masyhur dalam mazhab Maliki,
jumhur fuqaha’ mazhab Hanafi, sebahagian ulamak mazhab Hanbali dan salah satu pendapat fuqaha’ Syafie.
2. Gendang (Tabla)
Para fuqaha’ berikhtilaf pada hukum memukul gendang dan mendengar bunyinya. Pendapat-pendapat mereka adalah seperti berikut:
i. Fuqaha Hanafi dan sebahagian Fuqaha’ mazhab Syafie:
Haram memukul gendang yang bertujuan untuk bersuka ria semata-mata. Sementara fuqaha’ Syafie bersepakat
mengharamkan sejenis gendang yang dinamakan ‘Kubah’, sama ada bertujuan untuk bersuka ria semata-mata atau maksudmaksud
yang lain.
ii. Fuqah’ Maliki:
Haram memukul gendang dan mendengar pukulannya (dan seluruh jenisnya) melainkan di dalam upacara
perkahwinan.
iii. Ulamak Hanafi:
Memukul gendang untuk tujuan-tujuan selain daripada bersuka ria seperti gendang perang, perkahwinan, dan gendang
menyambut ketibaan musafir adalah diharuskan. Termasuk di dalam hukum ini, juga gendang sahur yang digunakan pada
bulan Ramadhan untuk mengejutkan umat Islam pada waktu sahur.
iv. Fuqaha’ Syafie:
Harus memukul gendang-gendang selain daripada kubah, gendang-gendang untuk bersuka ria semata-mata dan Al-Kabar.
Iaitu harus memukul gendang perang, gendang haji, gendang sahur dan gendang hari raya.
v. Fuqaha’ Hanbali:
Haram menggunakan keseluruhan alat yang melalaikan melainkan duf. Mengikut mazhab mereka, haram memukul gendang
sama ada dalam upacara perkahwinan atau sebagainya.
3. Al-Kubah, Sejenis gendang yang ramping tengahnya dan lebar kedua hujungnya.
Para fuqaha’ Syafie sepakat mengharamkan alat ini. Pengharamannya sebagaimana yang diriwayatkan daripada Ar-Rafi’ie dan An-
Nawawi kerana ia adalah alat yang biasa digunakan oleh lelaki-lelaki pondan. Al-Imam An-Nawawi menyatakan, “...tiada beza antara kubah
dengan duf dan gendang-gendang yang lain melainkan kubah, ia adalah alat yang menjadi syiar lelaki-lelaki pondan. Sekiranya tidak,
hukumnya sudah pasti seperti hukum duf.”
4. As-Safaqataan, Sejenis alat yang terdiri daripada dua piring tembaga yang dilagakan untukmengeluarkan bunyi.
Para fuqaha’ dalam menentukan hukumnya terbahagi kepada 4 mazhab :
i. Hanafi, Hanbali dan yang muktamad di dalam mazhab Syafie, iaitu haram memukul dan mendengar iramanya.
ii. Sebahagian ulamak mazhab Syafie, Ibn Hazm Al-Andalusi, Abdul Ghani An-Nablusi dan Ibn Tahir Al-Qaisarani, iaitu harus memukul
dan mendengar bunyinya.
iii. Maliki, iaitu harus menggunakannya di dalam upacara perkahwinan sahaja.
iv. Sebahagian fuqaha’ mazhab Syafie, tidak memutuskan hukumnya sama ada halal atau haram.
Hukum Alat Muzik Yang Dipetik[viii]
Para fuqaha’ berselisih pendapat di dalam masalah ini dan mereka terbahagi kepada dua mazhab.
1. Pendapat yang mengharamkannya – sama ada digunakan semasa upacara perkahwinan atau sebagainya. Ia adalah pendapat Ibnu
Abbas RA, fuqaha’ Hanafi, fuqaha’ Syafie, fuqaha’ Hanbali dan pendapat yang rajih (terpilih) dalam mazhab Maliki. Ibnu hajar Al-
Haitami pula menafikan wujudnya khilaf ulamak di dalam pengharamannya. Sementara Abul Abbas Al-Qurtubi dan Salim Ar-Razi
menyatakan berlaku ijmak ulamak di dalam pengharamannya.
Dalil Mereka:
i. Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa beliau mentafsirkan (lahwul hadith) yang difirmankan di dalam surah 6 Surah
Luqman dengan alat-alat yang melalaikan, dan di antaranya ialah alat-alat muzik. Alat-alat yang dipetik tergolong di dalam
alat-alat muzik yang melalaikan.
ii. Diriwayatkan daripada Abdul Rahman bin Ghanam, daripada Abu Malik Al-Asy’ari, beliau mendengar Nabi SAW
bersabda: “...Akan ada beberapa kaum daripada umatku yang menghalalkan zina, sutera, arak dan alat-alat muzik (al-ma’azif
– lafaz am yang meliputi juga alat-alat yang dipetik – pent.)” – Riwayat Bukhari; ... dan alat-alat yang dipetik adalah
sebahagian daripada alat-alat muzik yang disebut di dalam hadith berkenaan.
iii. Daripada Abu’ Umamah, sabda Nabi SAW[ix]: “.... sesungguhnya Allah mengutuskan aku sebagai rahmat kepada sekalian
alam. Allah SWT memerintahkan aku menghapuskan alat-alat muzik dan serunai. Oleh itu tidak harus membeli hambahamba
wanita pemain alat-alat tersebut dan tidak harus menjual, mengajar dan meniagakan mereka. Begitu juga, harga
mereka adalah haram.”
iv. Diriwayatkan daripada Rasulullah SAW[x]: Ijmak : Ibnu Hajar Al-Haitami berkata, “...alat-alat yang dipetik adalah alat-alat
yang biasa digunakan oleh golongan fasiq dan maksiat. Ulamak telah berijmak pada pengharamannya. Sesiapa yang
menyangka ada khilaf pada perkara ini, sesungguhnya telah melakukan kesilapan”.
v. Dalil Aqli:
· Alat-alat tersebut menghiburkan dan melalaikan daripada zikrullah, solat dan membaca A-Qur’an. Di samping itu
berlaku juga pembaziran wang dan masa.
· Alat-alat tersebut adalah syiar golongan fasiq dan maksiat. Islam melarang meniru cara hidup golongan-golongan ini.
· Kelazatan yang dihasilkan dengan mendengar alat-alat ini boleh membawa kepada maksiat dan kefasikan.
2. Pendapat yang mengharuskan – Mereka yang berpendapat demikian ialah:
1. Abdullah bin Jaafar, Abdullah bin Zubair, Abdullah bin Umar, Muawiyah bin Abi Sufian, Amru bin Al-‘Aas, Hassan bin Thabit,
Abdul Rahman bin Hassan dan Kharijah bin Zaid.
2. Said bin Musayyab, Ata’ , Sya’bi, Az-Zuhri dan kebanyakan fuqaha’ Madinah.
3. Ibnu Thahir menyatakan, “...ia adalah ijmak Ahli Madinah” (dakwaan ijmak ini ditentang sekeras-kerasnya oleh Ibnu Hajar Al-
Haitami di dalam kitabnya Kaffur Ri’aa’.
4. Sebahagian fuqaha’ Maliki, tetapi mereka menghadkan pengharusan tersebut untuk upacara perkahwinan sahaja.
5. Al-Mawardi meriwayatkan keharusan penggunaan kecapi (Al-Aud) di sisi sebahagian ulamak Syafie.
6. Ibnu Hazm, Abdul Ghani An-Nablusi, As-Syazili At-Tunisi dan Idfawi mengharuskannya dengan syarat-syarat berikut:
+ Niat yang betul dan tidak bertentangan dengan syara’
+ Tujuan yang tidak melanggar batas-batas syara’.
Dalil Mereka
i. Perbuatan sebahagian sahabat mendengar petikan kecapi dan memiliki hamba-hamba wanita pemain kecapi, sebahagian
diriwayatkan daripada Abdullah bin Zubair, Abdullah bin Umar, Muawiyah bin Abi Sufian dan Amru bin Al-‘Aas.
ii. Ijmak Ahli Madinah sebagaimana yang ditegaskan oleh Ibnu Thahir Al-Maqdisi. Pendapat ini telah ditentang oleh Ibnu Hajar
yang mendakwa ia adalah rekaan dan pendustaan Ibnu Tohir semata-mata.[xi]
Alat-alat Yang Ditiup[xii]
Para fuqaha’ di dalam perkara ini terbahagi kepada dua mazhab:
1. Pendapat yang mengharamkannya – mereka yang berpendapat sedemikian ialah:
1. Ibnu Abbas dan Ibnu Umar.
2. Mazhab Hanafi melainkan Nobat yang digunakan untuk tujuan memberi peringatan @ isyarat (tanbih)
3. Mazhab Maliki, melainkan untuk upacara perkahwinan.
4. Mazhab Syafie dan Hanbali
Dalil Mereka: i. Firman Allah SWT di dalam surah Luqman ayat 6. Ibnu Abbas menafsirkan (lahwul hadith) dengan perkara-perkara yang
melalaikan termasuklah alat muzik yang meliputi alat-alat yang ditiup.
ii. Hadith riwayat Nafie’ Maula Abdullah bin Umar[xiii]: “Ibnu Umar terdengar suara serunai, lantas beliau meletakkan dua
jarinya di kedua-dua lubang telinganya dan beredar daripada jalan yang dilaluinya. Beliau berkata kepadaku (Nafie’) : “wahai
Nafie’, adakah engkau masih mendengar suara itu?” Aku menjawab, “tidak”. Lalu dia mengangkat kedua-dua jarinya daripada
telinganya seraya berkata, “aku dahulu bersama Nabi SAW di suatu ketika, tiba-tiba Baginda terdengar suara seperti suara tadi,
lantas Baginda melakukan sebagaimana yang telah aku lakukan.”
iii. Hadith riwayat Abu Umamah, sabda Nabi SAW[xiv]: “... Sesungguhnya Allah telah mengutuskan aku sebagai rahmat ke
seluruh alam dan memerintahkan aku menghapuskan seluruh alat-alat muzik dan serunai.”
iv. Hadith riwayat Aisyah RA bahawa Rasulullah SAWbersabda[xv]: “Dua suara yang dilaknat Allah di dunia dan di akhirat, suara
serunai ketika kesenangan dan raungan ketika musibah.”
v. Hadith riwayat Jabir RA, bahawa Nabi SAW bersabda[xvi]: “Di hari kiamat kelak Allah SWT berkata: “Di manakah hambahambaKu
yang telah membersihkan pendengaran dan penglihatan mereka daripada seruling-seruling syaitan, pisahkan mereka”.
Lalu mereka dipisah dan dikumpulkan di dalam haruman kasturi dan anbar. Kemudian Allah SWT berkata kepada para
malaikatNya: “Perdengarkan zikir yang mensuci dan mengagungkan Daku. Lalu mereka diperdengarkan suara yang tidak
pernah didengari oleh sesiapa pun sebelum itu.” - Riwayat Ad-Dailami.
vi. Dalil Aqli : Alat-alat tersebut adalah syiar golongan fasiq, maksiat dan peminum-peminum aral. Ia juga biasa menaikkan
syahwat dan nafsu. Lantaran itu ia boleh melalaikan daripada mengingati Allah SWT.
2. Pendapat yang mengharuskannya – mereka yang berpendapat demikian ialah:
1. Ibnu Kinanah daripada fuqaha’ mazhab Maliki yang mengharuskan serunai dan trompet (Al-Bauq) tetapi dengan syarat tidak
berlebih-lebihan.
2. Sebahagian ulamak Syafie mengharuskan penggunaanAl-Yara’ – sejenis seruling.
3. Ibnu Thahir, Ibnu Hazm Al-Andalusi, Abdul Ghani An-Nablusi, Asy-Syazili At-Tunisi dan Al-Idfawi Asy-Syafie.
Dalil Mereka
1. Hadith yang diriwayatkan oleh Nafie’ Maula Abdullah bin Umar[xvii]: “Ibnu Umar terdengar suara serunai, lantas beliau
meletakkan dua jarinya di kedua-dua lubang telinganya dan beredar daripada jalan yang dilaluinya. Beliau berkata
kepadaku (Nafie’) : “wahai Nafie’, adakah engkau masih mendengar suara itu?” Aku menjawab, “tidak”. Lalu dia
mengangkat kedua-dua jarinya daripada telinganya seraya berkata, “aku dahulu bersama Nabi SAWdi suatu ketika, tibatiba
Baginda terdengar suara seperti suara tadi, lantas Baginda melakukan sebagaimana yang telah aku lakukan.”
Hujah mereka, sekiranya mendengar suara serunai haram, sudah tentu Nabi SAW juga akan melarang Ibnu Umar
mendengar suara tersebut. Begitu juga Ibnu Umar akan melarang Nafie’ mendengarnya dan melarang peniup serunai
daripada terus meniup serunainya. Ini menunjukkan suara serunai tidak haram. Ada pun perbuatan Nabi SAW yang
meletakkan kedua jarinya di telinga dan beredar daripada jalan yang dilalui adalah kerana sifat wara’ yang ada pada diri
Baginda SAW.
Hujah mereka ini ditolak oleh ulamak-ulamak kumpulan pertama yang mengharamkannya berdasarkan kepada beberapa
sebab: Antaranya ialah kerana terdapat perbezaan di antara As-Simaa’ (terdengar tanpa sengaja) dan Al-Istima’ (
mendengar dengan sengaja). As-Simaa’ sebagaimana yang berlaku di dalam hadith di atas tidak membawa kepada dosa
kerana ia berlaku tanpa disengajakan.
2. Dalil Aqli : Alat-alat muzik diharamkan bukan kerana ainnya (zatnya) yang haram, malah hukum haram alat-alat
tersebut ditentukan oleh niat dan tujuan ia dimainkan. Ini adalah berdasarkan kaedah Al-Umur bimaqasidiha iaitu
sesuatu perkara itu adalah berdasarkan tujuannya (niat).
3. Sebahagian ulamak Syafie yang mengharuskan penggunaan al-yara’ – sejenis serunai, menyatakan bahawa tiada dalil
yang tsabit mengharamkan penggunaan alat tersebut.
PENDAPAT ULAMAK-ULAMAK MASA KINI TENTANG MUZIK
Ulamak-ulamak Islam masa kini tidak ketinggalan menyumbangkan pandangan-pandangan mereka terhadap hukum muzik yang
menjadi titik perbezaan pendapat di kalangan ulamak sejak zaman berzaman. Mereka terbahagi kepada dua golongan, iaitu golongan yang
mengharuskannya dan golongan yang mengharamkan. Mereka yang mengharamkan berpegang kepada nas-nas Al-Quran dan sunnah serta
‘illah yang disebut oleh ulamak-ulamak terdahulu. Cuma ada juga khilaf di kalangan mereka tentang alat-alat yang diharuskan. Ada juga yang
menghadkannya kepada duf sahaja. Mereka ini pula berikhtilaf lagi pada keadaan-keadaan dibenarkan memukul dufdan siapakah yang
diharuskan menggunakannya.
Pendapat pertama menyatakan bahawa duf hanya boleh digunakan di dalam upacara-upacara perkahwinan, hari raya, dan suasanasuasana
kegembiraan yang lain seperti berkhatan. Hanya kaum perempuan sahaja yang dibenarkan memukul duf. Pendapat ini ialah
pendapat Syeikh Abdul Aziz bin Baz, Syeikh Saleh Fauzan, Syeikh Muhammad bin Saleh Al-‘Usaimin dan Syeikh Nasiruddin Al-
Albani. Mereka bersandarkan kepada mazhab Hanbali.[xviii]
2. Pendapat kedua pula menyatakan duf boleh digunakan dalam semua keadaan dan boleh dipukul oleh kaum lelaki dan wanita.
Golongan yang lain pula ialah ulamak-ulamak masa kini yang mengharuskan penggunaan duf dan gendang sahaja bersandarkan kepada
pendapat-pendapat ulamak terdahulu sebagaimana yang telah diterangkan di dalam helaian-helaian yang terdahulu.
Seterusnya ada ulamak-ulamak masa kini yang mengharuskan penggunaan seluruh alat muzik tanpa ada pengecualian tetapi mereka
meletakkan syarat-syarat dan batas-batas penggunaan alat tersebut agar tidak bertentangan dengan hukum Allah SWT. Mereka yang
berpendapat demikian antaranya ialah:
1. Dr. Yusuf Al-Qardhawi di dalam kitabnyaMalamih Al-Mujtama’ Al-Muslim.
2. Dr. Abdul Karim Zaidan dalam bukunya Al-Mufassal fi Ahkam Al-Mar’ah wa Baitil Muslim juzuk 4 bab 8 iaitu Babul Lahwi
wal La’ab.
3. Dr. Mohammad Imarah di dalam bukunya Al-Islam wal Funun Al-Jamilah.
4. Dr. Kaukab ‘Amir dalam bukunya As-Simaa’ ‘Inda As-Sufiyyah.
Pendapat mereka sama dengan pandangan beberapa ulamak terdahulu seperti Ibnu Hazm Al-Andalusi, Ibn Tahir Al-Qaisarani, Abdul
Ghani An-Nablusi, Al-Kamal Jaafar Al-Idfawi Asy-Syafie dan Al-Imam Mohd. Asy-Syazili At-Tunisi.
Sebahagian daripada mereka seperti Al-Qardhawi berpendapat demikian kerana hadith-hadith yang mengharamkan alat-alat muzik pada
pandangan beliau sama ada sahih ghair sarih (sahih tetapi tidak nyata) ataupun sarih ghair sahih (nyata tetapi tidak sahih). Nas-nas yang
seumpama ini tidak mampu untuk memutuskan hukum kerana hukum mestilah diputuskan dengan nas yang sahih wa sarih (sahih dan nyata).
[xix]
Sebahagian yang lain pula seperti Dr. Abdul Karim Zaidan dan Dr. Kaukab A’mempunyai pandangan yang sama dengan Al-Ghazali.
Mereka menyatakan pengharaman alat-alat yang disebut di dalam nas-nas hadith adalah kerana ia merupakan syiar ahli fasiq dan maksiat. Pada
pandangan mereka muzik tidak haram dari sudut irama atau bunyinya. Tetapi yang menjadikannya haram ialah unsur-unsur luaran yang lain
iaitu ia adalah alatan yang biasa digunakan di dalam majlis-majlis dan tujuan-tujuan yang bertentangan dengan batas syara’. Justeru itu alatalat
tersebut tunduk kepada perubahan tempat dan masa. Penggunaan alat-alat ini juga mestilah berlegar dala lingkungan yang dibenarkan oleh
syara’ iaitu:[xx]
1. Niat penggunaan alat-alat tersebut dan pendengar iramanya hendaklah betul berdasarkan kaedahAl-umur Bimaqasidiha.
2. Tujuan dan suasana digunakan alat-alat tersebut ialah tujuan dan suasana yang baik, mulia dan tidak bertentangan dengan batasbatas
syara’.
Dr. Kaukab ‘Amir menyatakan: “Pada hakikatnya majlis-majlis arak pada hari ini seperti kelab-kelab malam menggunakan seluruh alat
muzik yang ada sekarang. Majlis-majlis tersebut tidak lagi menggunakan alat-alat tertentu (seperti zaman dahulu) malah keseluruhan alat
digunakan. Oleh itu tidak mungkin untuk kita menghalalkan sebahagian alat (seperti duf dan gendang) dan mengharamkan sebahagian yang
lain. Bahkan diharuskan kepada individu muslim mendengar irama alat-alat tersebut tetapi hendaklah menjaga adab-adab Islam serta tidak cuba
meniru kelakuan dan perbuatan ahli-ahli fasiq dan maksiat.[xxi]
KESIMPULAN DAN PENDAPAT YANGRAJIH (TERPILIH)
Setelah meneliti perbahasan dan perbincangan para ulamak dan fuqaha’ dahulu dan masa kini, pendapat yang rajih pada pandangan penulis
ialah:
1. Alat-alat muzik tidak haram kerana ‘ainnya (zatnya) dan tidak halal kerana ‘ainnya. Tetapi di sana terdapat unsur-unsur luar yang
menyebabkan sebahagian alat hukumnya haram sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi SAW di dalam hadith-hadith Baginda.
Sebabnya ialah kerana alat-alat yang diharamkan tersebut adalah syiar peminum-peminum arak, lelaki pondan dan golongan fasiq
dan maksiat. Yang dimaksudkan dengan syiar ialah alat-alat tersebut tidak digunakan melainkan oleh golongan tersebut sahaja dan
digunakan di dalam majlis-majlis mereka sahaja sebagaimana halnya di zaman dahulu. Di zaman tersebut tiadanya media-media seperti televisyen, radio, video, kaset, wayang, satelit dan tiadanya bentuk-bentuk hiburan seperti pementasan, pentomin, drama...
dan sebagainya. Di zaman tersebut juga, hiburan seperti nyanyian dan alat-alat muzik hanya boleh didapati di majlis-majlis
golongan fasiq, lelaki pondan dan majlis-majlis arak.
2. Irama-irama muzik dari sudut asalnya adalah sama dengan irama-irama yang boleh dikeluarkan oleh kerongkong manusia atau
binatang seperti burung. Semuanya adalah bunyi. Cuma yang berbeza ialah suasana dan tujuan. Muzik biasanya digunakan untuk
berhibur dan biasa digunakan dalam bentuk yang melanggar hukum dan batas-batas Allah SWT. Irama-irama yang dihasilkan oleh
manusia juga haram hukumnya sekiranya digunakan pada tujuan, suasana dan keadaan yang merempuh sempadan syariat. Begitulah
juga halnya dengan alat seumpama duf yang menjadi ittifaq ulamak keharusannya, sekiranya digunakan untuk tujuan-tujuan yang
bertentangan dengan syara’, ia juga menjadi haram.
3. Di zaman kini, penggunaan muzik begitu berleluasa. Muzik digunakan dalam media-media massa elektronik. Di TV, muzik
digunakan untuk rancangan-rancangan yang berfaedah dan tidak berfaedah. Begitu juga dengan radio. Di sini kita dapati
penggunaan muzik telah berubah daripada zaman dahulu. ‘Uruf dan adat telah bertukar sebagaimana kata Dr. Abdul Karim Zaidan
di dalam kitabnya Al-Mufassal[xxii] . Oleh kerana perkembangan dunia seni yang begitu pesat, muzik kini tidak lagi menjadi syiar
kepada majlis-majlis arak, ahli fasiq dan maksiat semata-mata. Misalnya apabila kita mendengar muzik di dalam rancangan berita
atau muzik yang digunakan untuk pemindahan daripada satu rancangan kepada rancangan yang lain, adakah ia mengingatkan kita
kepada majlis-majlis arak atau majlis-majlis ahli fasiq dan maksiat? Sudah tentu jawapannya tidak. Malah muzik di zaman kini
berfungsi mengikut tujuan dan suasana ia digunakan. Kerana itu penulis berpendapat penggunaan muzik di zaman kini adalah harus
tetapi mestilah meraikan syarat-syarat berikut:
i. Niat pengguna dan pendengar hendaklah betul berdasarkan kaedah Al-Umur Bimaqasidiha iaitu sesuatu urusan
adalah berdasarkan maksudnya
ii. Tujuan dan suasana penggunaan muzik tidak melanggar batas-batas Allah SWT. Iaitu mestilah digunakan pada
tujuan-tujuan yang mulia.
iii. Mengelak daripada menyerupai golongan fasiq, maksiat dan kufur iaitu menjaga adab-adab Islam dalam
penggunaan muzik. Tidak boleh menggunakan muzik-muzik tertentu yang hanya digunakan oleh golongan fasiq
dan fasad seperti rentak rock dan yang seumpama dengannya. Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang
menyerupai sesuatu kaum, ia seperti tergolong dalam kaum tersebut”[xxiii]
4. Berdasarkan kepada syarat-syarat di atas, bidang-bidang seni Islam perlu mengelak daripada menggunakan muzik-muzik yang ada
persamaan dengan muzik-muzik tidak senonoh yang digunakan oleh golongan fasiq dan maksiat seperti penyanyi-penyanyi pop
sekarang. Nasyid-nasyid Islami seeloknya mengekalkan penggunaan alat-alat yang mengeluarkan bunyi / irama muzik yang tidak
menyerupai irama yang digunakan oleh lagu-lagu pop agar wujud di sana garis pemisah di antara nasyid Islai dengan lagu-lagu yang
bertentangan dengan syara’.
5. Di dalam pembikinan filem Islam, drama, lakonan, pementasan dan seumpamanya yang amat meemrlukan kepada unsur muzik bagi
menghidupkan adegan-adegan tertentu seperti adegan sedih, gembira, penderitaan, semangat dan sebagainya, muzik boleh
digunakan tetapi hendaklah sekadar diperlukan sahaja. Muzik itu pula hendaklah muzik yang tidak melanggar adab-adab Islam dan
tidak berlawanan dengan citarasa fitrah. Semua perkara ini diambil kira untuk mewujudkan perbezaan di antara seni Islam dengan
seni jahiliah.
6. Di zaman sains dan teknologi yang serba canggih, umat Islam menghadapi cabaran yang begitu kuat daripada media massa. Media
mempamerkan segala-galnya tidak kira baik atau buruk, berfaedah atau tidak, membina atau merosakkan, dan... dan... TV, radio,
kaset dan seumpamanya menyerang rumah-rumah umat Islam. Tidak mungkin lagi media-media tersebut dipisahkan daripada
kehidupan masyarakat moden. Justeru itu tiada jalan lain pada pendokong-pendokong perjuangan Islam selain daripada mencari
galang ganti kepada bentuk-bentuk seni yang bertentangan dengan Islam. Umat Islam mesti mengorak langkah di dalam bidangbidang
seni untuk memaparkan alternatif Islam kepada masyarakat. Filem-filem Islam, drama-drama Islam, dokumentari Islam,
hiburan Islam seperti lagu-lagu dan nasyid Islam perlu menggantikan hiburan-hiburan dan siaran-siaran jahiliah yang teramat
berleluasa sekarang ini.
PENUTUP
Di abad ini, Islam dicabar daripada berbagai-bagai sudut. Musuh menggunakan segala-galanya untuk menghancurkan Islam. Mereka
mengetahui umat Islam mudah leka apabila diberikan kemewahan dan hiburan. Lantas mereka menggunakan tamadun kebendaan mereka
dengan mengembangkan bidang seni bagi melalaikan umat dan terus menidurkan mereka. Natijahnya umat leka daripada sumber kekuatan
mereka iaitu Al-Quran. Umat Islam di masa kini lebih gemar dan khusyuk mendengar lagu-lagu dendangan manusia daripada alunan bacaan
atay-ayat suci Al-Quranul Karim.
Dengan perbincangan ringkas yang dicoret di dalam helaian-helaian ini, penulis berharap risalah ini mampu memberikan gambaran
ringkas hukum penggunaan muzik yang kini berleluasa dalam kehidupan dunia moden. Berjumpa lagi di keluaran lain! Sekian.
*Ainun Jariyah*(cpt).
Share:

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Categories

Pages

Cari Blog Ini

Search

Postingan Populer

Popular Posts

Arsip Blog

Recent Posts