Dan berzikirlah kepada Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahNya), dan dengan tidak pula mengeraskan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai. Sesungguhnya mereka (malaikat) Yang ada di sisi Tuhanmu tidak bersikap angkuh (ingkar) daripada beribadat kepadaNya, dan mereka pula bertasbih bagiNya, dan kepadaNyalah jua mereka sujud. (al-A’raaf 7: 205-206)
ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً إِنَّهُ لا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ
Berdoalah kepada Tuhan kamudengan merendah diri dan dengan suara yang lembut. (al-A’raaf 7: 55)
Al-Imam an-Nawawi berkata dalam hal ini: “Tidaklah ada khilaf (perselisihan pendapat) tentang kesunnatan adanya zikir sesudah solat, bagi imam, bagi makmum, dan bagi yang bersolat bersendirian. Masing-masing berzikir sendiri-sendiri. Adat yang diadakan manusia, iaitu imam menentukan doa buat solat subuh dan asar, tiada berasal sama sekali. Berjabat tangan sesudah solat subuh dan asar adalah suatu bid’ah” (al-Majmu’ 3: 484, 492)
al-Imam Ibnul Qayyim pula berkata: “Imam berdoa sesudah salam daripada solat sambil menghadap qiblat, atau menghadap makmum tidak pernah dikerjakan Nabi, yang senantiasa bertindak sebagai imam, dan tidak ada pula riwayat yang menyuruh kita mengerjakan yang sedemikian itu.” (Zadul Ma’ad 1: 93)
Zikir Selepas Solat Fardhu
Menurut al-Imam as-Syafi’e: "Saya memandang baik bagi imam dan ma’mum terhadap berzikir kepada Allah sesudah selesai dari solat. Keduanya (imam dan ma’mum) itu menyembunyikan (memperlahankan/israr) zikir kecuali bahawa dia itu imam yang harus orang belajar daripadanya. Maka ia mengeraskan (memperdengarkan) suaranya, sehingga mana ia melihat bahawa orang telah mempelajari daripadanya. Kemudian hendaklah ia mengecilkan (memperlahankan/sirr) suaranya.” (Rujuk: al-Umm, Oleh al-Imam asy-Syafie r.h., Terjemahan Oleh Prof. TK. H. Ismail Yakub, Terbitan Victory Agencie, jilid 1, ms. 296)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar